Saturday 16 May 2015

Skim Persaraan Swasta (PRS) adalah pilihan simpanan tambahan untuk individu yang ingin meningkatkan simpanan persaraan mereka. Skim pelaburan sukarela jangka panjang ini juga boleh membantu anda mendapatkan penjimatan cukai.

Bagaimana pelepasan cukai bagi caruman PRS berfungsi :

Apabila anda membuka akaun PRS dengan mana-mana penyedia PRS yang diluluskan, anda boleh melanjutkan pelepasam cukai anda untuk merangkumi caruman PRS anda.

Tip tambahan sebagai ingatan :

  • Ia mestilah caruman PRS peribadi anda sama ada melalui potongan gaji atau sumber pendapatan lain-lain untuk membolehkan anda membuat tuntutan cukai.
  • Mengetahui bagaimana pelepasan cukai dikira dan apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkannya juga memainkan peranan yang penting.
Pertama, tentukan berapakah jumlah yang boleh anda jimatkan melalui pelepasan cukai apabila anda mencarum dalam PRS. Untuk setiap ringgit yang anda carumkan ke dalam akaun PRS peribadi anda, anda memperolehi potongan cukai pada kadar cukai yang anda bayar atas pendapatan anda. Sebagai contoh, jika anda berada dalam lungkungan cukai 19% dan mencarum RM2,800 jumlah bersih dalam PRS, anda menikmati penjimatan cukai sebanyak RM532 (19% daripada RM2,800).

Walaupun tiada had dikenakan untuk simpanan dalam akaun PRS, pelepasan cukai yang boleh anda nikmati apabila mencarum mempunyai had tersendiri. Jumlah tahunan maksimum yang boleh anda carumkan dalam PRS dan layak menerima pelepasan cukai adalah RM3,000. Sebagai contoh, jika anda berada dalam lingkungan cukai 26% dan mencarum RM5,000 jumlah bersih, anda mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM780 (26% daripada RM3,000).

Penjimatan cukai mungkin dilihat seperti memberi sedikit impak. Tetapi jangan terkejut kerana simpanan bebas cukai anda boleh berkembang dengan pantas. Tanya diri anda, bukankah lebih baik mendapat pengembalian cukai berbanding menulis cek untuk membayar cukai kepada pihak berkuasa percukaian apabila memfailkan cukai anda?

Ia bermakna anda telah menyimpan RM30,000 dalam bentuk pendapatan selama 10 tahun (bermula dari tahun taksiran 2012). Bukan itu sahaja, di masa yang sama anda turut memiliki RM30,000 dalam bentuk simpanan persaraan tambahan dalam akaun PRS anda !